Bidang Tugas
Pengerusi Teknik dan Pembangunan Sukan
Majlis Sukan Sekolah Pahang
PENGENALAN
- Pengerusi Teknik dan Pembangunan ( PTPS ) MSSP dilantik oleh dengan cadangan Penyelaras Sukan dan dipersetujui oleh Penolong Pengarah / Ketua Unit Sukan.
- Pelantikan adalah berdasarkan kepada kepakaran, pengalaman dan pengetahuan yang luas dalam bidang teknikal, kepegawaian dan kejurulatihan serta boleh bekerjasama dengan semua pihak.
- Pelantikan adalah untuk tempoh setahun dan diperbaharui lantikannya setiap tahun, sekiranya prestasi adalah dibaik.
- PTPS MSSP mempunyai hubungan kerja dua hala iaitu bersama MSSP dan MSSD.
- Dalam organisasi pengurusan, PTPS MSSP diketuai oleh seorang Ketua PTPS MSSP.
2. PELANTIKAN
PTPS MSSP :
2.1 Lantikan
baru :
2.1.1
Menerima surat pelantikan
2.1.2
Penyelaras akan member taklimat
tugas
2.1.3
Menerima fail meja
Lantikan
semula
2.2.1 Menerima surat pelantikan
2.2.2 Mengenmas kini fail meja
3.0
SKOP
TUGAS 1 : KEJOHANAN MSSP
3.1 Sebelum
Kejohanan
- Mengumpul, menyimpan dan mengemaskini maklumat / rekod jurulatih serta pengadil / hakim untuk makluman semua.
- Menyimpan rekod / data / keputusan Kejohanan MSSP yang lepas dan senarai ranking / seeding pemain terkini.
- Menyediakan senarai semak keperluan peralatan, borang-borang teknikal dan kronologi kejohanan untuk diserahkan kepada MSSD pengelola.
- Menyediakan senarai semak keperluan guna tenaga khususnya bilangan pembantu padang / gelanggang.
- Menyediakan senarai semak keperluang pegawai teknikal dan mencadangkan nama pegawai-pegawai teknikal kepada Penyelaras Sukan.
3.2 Mesyuarat
JK Pengelola
- Menghadiri Mesyuarat JK Pengelola yang dikendalikan oleh MSSD Pengelola
- Menghadiri Mesyuarat Pengundian.
- Memberi nasihat berkaitan persiapan teknik
- Mengetahui tentang ABM pengelolaan dari aspek perbelanjaan teknikal.
- Edaran senari semak / maklumat teknikal.
- Membantu PTPS MSSD pengelola
- Pemantau persediaan dan kesesuaian gelanggang.
3.3 Semasa
Kejohanan
- Membantu pengelolaan Kejohanan MSSP terutama dalam aspek teknikal dan pertandingan.
- Menghadiri taklimat Pengurus Pasukan.
- Menghadiri Taklimat Pengadil.
- Mempengerusikan :
- Panel pemilih pasukan MSSP bersama Pengerusi Teknik MSSD yang dilantik
- Panel pemilih untuk memilih penerima anugerah khas : pemain terbaik, penjaring terbayak, pemain terbaik perlawanan akhir dsb..
- Kriteria pemilihan perlu dimaklumkan kepada semua Pengurus Pasukan dalam Taklimat Pengurus Pasukan
- Menyerahkan senarai pasukan MSSP kepada JK Statistik dan Keputusan Rasmi yang dilantik oleh pengelola untuk dimuatkan dalam Buku Keputusan Rasmi
- Membantu dan menyelaras dengan PTPS MSSD pengelola dalam aspek teknikal.
- Menjalankan post mortem untuk mengenal pasti kelemahan untuk tujuan penambahbaikan pada tahun akan datang.
3.4 Selepas
Kejohanan
- Mengumpul dan menyerahkan Borang M01 dan R01 untuk diserahkan kepada Penyelaras Sukan
- Mengumpul dan menyimpan maklumat kejohanan seperti keputusan rasmi, bilangan penyertaan dan pegawai dsb..
- Menyediakan Laporan Kejohanan ( aspek teknikal ) untuk dibentangkan dalam Mesyuarat JK Teknikal MSSP.
4.0 SKOP
2 :
PENGURUS PANGKALAN DATA DAN MAKLUMAT
- Mengumpul, menyimpan dan mengemas kini maklumat / rekod jurulatih, hakim, pengadil dan pegawai sukan
- Mengumpul, menyimpan dan mengemas kini maklumat / rekod pemain-pemain yang dipilih serta pemenang-pemenang anugerah individu
- Mengumpul, menyimpan dan mengemas kini maklumat / rekod kontinjen MSSP dalam semua aktiviti penyertaan kejohanan.
5.0 SKOP
3 :
PENASIHAT TEKNIKAL
- Mewakili MSSP dalam Mesyuarat Teknikal Sukan berkenaan di peringkat MSSM.
- Memaklumkan kepada MSSP mengenai sebarang perubahan dalam undang-undang sukan untuk disebarluaskan kepada semua daerah dan pihak-pihak yang terlibat dalam sukan berkenaan.
- Memberi nasihat teknikal berkaitan dengan sukannya kepada pihak MSSP dan MSSD pada bila-bila masa.
6.0
SKOP
4 :
PERANCANG PROGRAM PEMBANGUNAN SUKAN
- Merancang dan melaksanakan sekurang-kurang sekali dalam setahun Program Pembangunan Atlet dan Program Pembangunan Kepegawaian.
- Menyediakan perancangan tahunan berdasarkan Pelan Stratgeik yang telah disediakan.
- Membantu melaksanakan program-program pembangunan yang dijayakan oleh pihak MSSP di bawah Program Pembangunan Sukan.
- Mengurus dan mengendalikan program-program Kem Bakat Atlet dan Kursus Kepegawaian.
- Menguruskan program attachment dengan persatuan / badan induk sukan.
7.0 SKOP
5 :
KETUA JURULATIH
- Secara automatik berperanan sebagai Ketua Jurulatih Pasukan MSSP ke Kejohanan MSSM dan lain-lain kejohanan ika dilantik oleh Unit Sukan, JPNP
- Bertanggungjawab dalam menentukan pasukan MSSP bersama dengan Penyelaras Sukan.
- Menyediakan program latihan.
- Menghadiri Mesyuarat Pengurus Pasukan dalam Kejohanan MSSM.
- Menguruskan penyediaan Laporan Kontinjen MSSP Ke Kejohanan MSSM.
No comments :
Post a Comment