ShoutBox

Tuesday, July 24, 2012

Gagasan Idea

Gagasan Idea Ketua Sektor Pembangunan Kemanusiaan




Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Salam Sejahtera
Salam Satu Malaysia

Pencapaian keseluruhan pasukan Majlis Sukan Sekolah Pahang ( MSSP ) dalam Kejohanan Majlis Sukan Sekolah Malaysia ( MSSM ) bagi tahun 2011 agak sederhana.  Dalam beberapa sukan favourite, pasukan MSSP telah kehilangan penguasaannya. 


Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi prestasi ini. Antaranya, kekurangan atlet Pahang di Sekolah Sukan Malaysia ( SSM ), penurunan prestasi atlet dan pasukan di Sekolah Sukan Pahang serta ketandusan program-program pembangunan yang berkesan .

Namun begitu, pencapaian 2011, boleh dijadikan nilai mula kepada perancangan tahun 2012.  Salah satu langkah penting yang perlu dilaksanakan pada tahun 2012 ialah memberi keutamaan kepada usaha membentuk pasukan MSSP yang lebih berkualiti, berpotensi dan berdaya saing. 

Bagi memastikan matlamat ini berjaya, semua pihak perlu amanah dengan tanggung jawab masing-masing.  Perancangan program yang diatur oleh pihak jabatan perlu dirasai oleh pihak Pejabat Pelajaran Daerah, seterusnya dihayati oleh pihak Pengerusi Teknik dan Pembanguan Sukan MSSP, jurulatih dan akhirnya, diterjemahkan oleh para atlet di gelanggang pertandingan.

Beberapa program akan diberikan keutamaan. Antaranya :

1. Memanfaatkan Program Pusat Latihan Daerah (Sukan Prestasi Tinggi Sekolah)

Program Pusat Latihan Daerah (PLD) yang digerakkan di bawah program induk Sukan Prestasi Tinggi Sekolah memberi penekanan kepada usaha menjayakan sekolah sebagai pusat latihan atlet-atlet berprestasi tinggi.  Program ini melibatkan aspek penyediaan modul latihan, memberi latihan kepada jurulatih, bekalan alatan latihan dan menjayakan pertandingan.  Sehingga 2012, MSSP memiliki sebanyak 74 buah pusat latihan di  semua daerah bagi 9 jenis sukan yang dikendalikan oleh 147 orang jurulatih bertauliah.

Dengan kekuatan yang ada, PLD akan digembelengkan sebagai pembekal utama atlet / pasukan berprestasi tinggi yang mampu mencatatkan prestasi terbaik di peringkat kebangsaan.  Untuk itu, langkah-langkah pengukuhan program ini akan dilakukan, antaranya :

  • Menggerakkan program pemantauan yang lebih sistematik dan efisien bagi memastikan semua PLD melaksanakan latihan serta memanfaatkan semua sumber yang dibekalkan.
  • Menyediakan modul latihan bagi membantu jurulatih-jurulatih menggerakkan program latihan di sekolah.
  • Memperbanyakkan klinik-klinik kejurulatihan bagi meingkatkan kualiti jurulatih PLD.
  • Menganjurkan pertandingan dalaman khusus untuk PLD bagi menggalakkan usaha membentuk atlet / pasukan berprestasi tinggi.
  • Memberi keutamaan kepada jurulatih / atlet PLD untuk menyertai kejohanan-kejohanan anjuran badan induk sukan / persatuan sukan.
  • Memberi penghargaan kepada PLD yang mempamerkan prestasi terbaik.

2. Memantapkan Kembali Prestasi Program Sekolah Sukan Pahang

Salah satu faktor yang mencetuskan kegagalan pasukan MSSP mencapai kejayaan di peringkat kebangsaan adalah akibat kegagalan Program Sekolah Sukan Pahang ( SSP ) melahirkan atlet-atlet berprestasi tinggi.  Ini paling dirasai dalam sukan balapan dan padang, hoki dan bola sepak.

Untuk itu, satu usaha bersepadu perlu dilakukan untuk memulihkan imej dan prestasi SSP.  Antara langkah yang perlu diberi perhatian ialah :

  • Mengemas kini struktur pengurusan Program SSP di peringkat jabatan
  • Menyusun semula program kejurulatihan di SSP dengan memperkenalkan Jurulatih Sambilan dan Elaun Kejurulatihan.
  • Mengadakan klinik kejurulatihan bagi membantu program latihan di SSP
  • Melaksanakan pemantauan berjadual bagi mengukur pelaksanaan program latihan di SSP.
  • Meninjau dan mengenal pasti aspek-aspek kebajikan atlet di SSP yang perlu dipertingkatkan.
3. Memperkenalkan Program Satu Pasukan, Satu Johan
Pada tahun 2012, setiap pasukan MSSP yang bertanding di Kejohanan MSSM perlu mesasarkan matlamat untuk menjadi Johan sekurang-kurangnya dalam satu kategori.    

Bagi mencapai matlamat ini, usaha membentuk dan melatih pasukan perlu bermula lebih awal tanpa menunggu keputusan Kejohanan MSSP 2012.  Semua pihak perlu merancang dan memainkan peranan masing-masing.  Komitmen berikut adalah diharapkan :

3.1 Peranan Unit Sukan, Jabatan Pelajaran
  • Merancang program latihan lebih awal
  • Mengenal pasti jurulatih berkelayakan
  • Menyediakan bajet untuk memastikan latihan berjalan lancar
  •  Memantau program latihan

3.2 Peranan Pejabat Pelajaran Daerah
  • Membantu menguruskan penyertaan guru dan atlet dalam program latihan
  • Bersedia memikul amanah untuk menjadi tuan rumah program latihan.
  • Turut merancang latihan pusat pasukan MSSD lebih awal bagi memastikan atlet / pasukan yang bertanding di Kejohanan MSSP 2012 benar-benar terlatih dan berkualiti
  •  Membantu memantau program latihan.
3.3 Peranan Pengerusi Teknik dan Pembangunan Sukan ( PTPS ) MSSP
  • Merancang pengisian program latihan
  • Membenatu mengenal pasti jurulatih
  • Menentukan kategori yang berpoetansi menjadi Johan
  • Mengenal pasti atlet
  • Berperanan sebagai Ketua Jurulatih dan memastikan latihan yang dijalankan benar-benar mampu membentuk pasukan bertaraf Johan.

4. Meningkatkan Kualiti Atlet / Pasukan MSSP
Tidak dapat dipertikaikan lagi, kemerosotan kualiti atlet yang mewakili negeri berpunca daripada kemerosotan atlet yang mewakili daerah.  Pada tahun 2011, sebahagian besar PTPS MSSP menghadapi masalah untuk memilih atlet-atlet bagi mewakili negeri akibat kesukaran mendapatkan atlet-atlet yang benar-benar berkualiti.

Ini berpunca daripada :
  • Pemilihan atlet bagi mewakili daerah tidak menyeluruh
  • Latihan pusat pasukan MSSD agak singkat dan gagal meningkatkan kualti atlet.
  • Bagi mengatasi masalah ini, beberapa tindakan akan diambil pata hun 2012 ini. Antaranya :
4.1 Mempelbagaikan pertandingan peringkat negeri
  • Pemilihan pemain tidak lagi terikat kepada Kejohanan MSSP semata-mata
  • Skop pemilihan lebih luas dengan melebarkan penyertaan kepada kumpulan pelajar tertentu.
  • Antara kejohanan tambahan yang akan dijalankan :
·         Memperkasakan Program Sekolah Premier
·         Siri Cabaran Olahraga
·         Karnival Pusat Latihan Daerah
·         Kejohanan Gimnastik Sekolah Sukan Sambilan
·         Kejohanan Antara Pusat Perintis Sukan
·         Karnival Bawah 11 tahun
·         Kejohanan Sukan Sekolah-sekolah Asli
·         Siri Sirkit Pembangunan Sukan

4.2 Pendekatan Berfokus Majlis Sukan Sekolah Daerah (1 Daerah 1 Juara)
  • Setiap MSSD mengenal pasti sukan paling berpotensi menjadi Johan di peringkat negeri
  • Proses membentuk pasukan, pelaksanaan latihan dan pemantauan prestasi digerakkan untuk memastikan matlamat tercapai.
  • Mencapai matlamat Satu daerah Satu Johan
  • Kejayaan daerah melahirkan patlet / pasukan berkualiti akan memberi impak kepada kualiti atlet / pasukan MSSP
Sekian, terima kasih.






HJ. MOHD. RAAUF BIN HJ. JALI

No comments :

Post a Comment