ShoutBox

Tuesday, July 31, 2012

Mesyuarat Penyelaras Kerja Kejohanan Balapan Dan Padang 2013 JPNP

Mesyuarat pemurnian proposal bagi Kejohanan Padang dan Balapan 2013 telah diadakan bersama dengan Pengarah, Timbalan Pengarah, Ketua Sektor, Penolong Pengarah, Panel Inovasi seperti ketetapan berikut :-

Tarikh : 31hb. 3hb. Ogos. 2012
Tempat : Permain Inn Hotel, Terengganu
Anugerah PLD Terbaik Negeri Pahang

Wednesday, July 25, 2012

Acara Akan Diadakan Sepanjang Kejohanan Padang Dan Balapan 2013, Pahang


                               MAJLIS RASMI

1.1                Majlis Perasmian

1.1.1     Tarikh                                                  
20 Mei 2013 ( Isnin )

1.1.2     Masa                                     
8.00 malam

1.1.3     Venue                                                  
Stadium Darul Makmur, Kuantan

1.1.4     Disempurnakan oleh                      
KDYMM Sultan Pahang


Kronologi Mesyuarat Sepanjang Kejohanan Padang dan Balapan MSSM 2013



1.       MESYUARAT


1.1               Mesyuarat Pembentangan Proposal Kejohanan Balapan & Padang Majlis Sukan Sekolah Malaysia Kali Ke- 55, Pahang 2013

Tarikh                    : 5 September 2012 ( Rabu )
Venue                   : Dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan MSSP Bilangan 2  Tahun 2012

1.2               Mesyuarat Jawatankuasa Pengelola Kejohanan Balapan & Padang Majlis Sukan Sekolah Malaysia Kali 1

Tarikh                    : 18 September 2012 ( Selasa )
Venue                   : Jabatan Pelajaran Pahang

Tuesday, July 24, 2012

Logo MSSM 2013 Kejohanan Padang Dan Balapan


  • Logo Kejohanan Balapan & Padang MSSM 2013 diasaskan daripada angka "55" sesuai dengan pengelolaan kali ke 55 pada tahun 2013.
  • Simbol dua orang pelari yang bersaing rapat menggambarkan bahawa kejohanan kali ini memperagakan tahap persaingan yang tinggi dan berpotensi tinggi dalam kalangan peserta yang bertanding.
  • Warna, merah, dan kuning merupakan warna asas Jalur Gemilang dan logo 1Malaysia yang menjadi tema kejohanan iaitu "Sukan Memacu Pencapaian 1Malaysia".
  • Warna hitam dan putih melambangkan bendera Negeri Pahang Darul Makmur selaku tuan rumah kejohanan ini.

Mesyuarat

Pindaan Tarikh Mesyuarat Jurulatih Prestasi Tinggi Pasukan Balapan dan PadangMajlis Sukan Sekolah Pahang 2012/2011.

Satu mesyuarat akan diadakan bagi perkara yang tersebut di atas. Ketetapan adalah seperti berikut :-

Tarikh : 23hb. 25hb. Julai. 2012
Tempat : Hotel Cititel Express

Catatan :-
Sila bawa komputer riba.


Antara Jurulatih MSSM Balapan dan Padang 2013


Para Jurulatih Sedang Bertungkus Lumus Menyiapkan Persiapan Awal
Kejohanan MSSM Balapan dan Padang 2013

Bengkel

Bengkel Pengisian Data Cat-I Bagi Program Sukan Prestasi Tinggi Sekolah (SPTS) Pahang 2012

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) sedang menjalankan pengemaskinian dan pengumpulan data jurulatih dan atlet Pusat Latihan Daerah (PLD) bagi Program Sukan Prestasi Tinggi Sekolah (SPTS) Kementerian Pelajaran Malaysia.

Sehubungan itu, satu bengkel akan diadakan untuk mengendalikan serta mengemaskinian data tersebut pada ketetapan seperti berikut :-

Tarikh : 23hb. - 25hb. Julai. 2012
Tempat : Hotel Cititel Ekspress, Kuala Lumpur

Peringatan :-
Sila bawa komputer riba, data atlet, data jurulatih

Gagasan Idea

Gagasan Idea Ketua Sektor Pembangunan Kemanusiaan




Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Salam Sejahtera
Salam Satu Malaysia

Pencapaian keseluruhan pasukan Majlis Sukan Sekolah Pahang ( MSSP ) dalam Kejohanan Majlis Sukan Sekolah Malaysia ( MSSM ) bagi tahun 2011 agak sederhana.  Dalam beberapa sukan favourite, pasukan MSSP telah kehilangan penguasaannya. 

Serangkap Visi

Serangkap Visi Pengarah Pelajaran Pahang



Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia.

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih dan syabas kepada Unit Sukan melalui Majlis Sukan Sekolah Pahang kerana terus berusaha untuk memajukan bidang sukan khususnya di sekolah-sekolah seluruh Negeri Pahang Darul Makmur.

Bagi pihak Jabatan Pelajaran Pahang, bidang sukan dilihat sebagai senjata paling ampuh untuk melahirkan modal insan yang cergas, cerdas dan berdaya saing.  Melalui aktiviti sukan juga, matlamat untuk mempupuk perpaduan dan melahirkan masyarakat yang mengamalkan budaya hidup sihat dapat direalisasikan.  Berdasarkan kekuatan inilah maka pihak kementerian telah menjayakan Dasar 1Murid 1Sukan.

Melalui dasar ini juga, penglibatan murid-murid secara aktif dalam bidang sukan turut menjadi matlamat utama.  Penyertaan murid-murid dalam pertandingan-pertandingan di peringkat sekolah akan merintis jalan kepada penyertaan mereka dalam pertandingan-pertandingan di peringkat yang lebih tinggi.  Untuk itu, MSSP perlu menjadi platform yang relevan untuk menjana dan mengetengahkan bakat-bakat sukan di peringkat akar umbi sebagai kesinambungan kecemerlangan sukan negara.

Berdasarkan aspirasi di atas, pihak jabatan khususnya Unit Sukan perlu sentiasa cakna dalam mengharungi badai perdana pembangunan sukan negara.  Perancangan strategik jangka panjang yang bermatlamat untuk meningkatkan kualiti atlit-atlit dalam kalangan pelajar melalui program-program terancang perlu digarap segera.  Pada masa yang sama,  perancangan untuk memastikan penyertaan menyeluruh murid secara aktif dalam aktiviti bersukan juga perlu turut disediakan bagi memenuhi matlamat Dasar 1Murid 1Sukan.

Akhir kata, semoga Buku Perancangan yang disediakan ini akan menjadi garis panduan terbaik kepada semua pihak untuk merancang dan mengurus aktiviti sukan sepanjang tahun 2012 ini.

Sekian, terima kasih.





YAHYA BIN ZAINAL ABIDIN
Pengarah Pelajaran Pahang



Saturday, July 21, 2012

Mesyuarat Pengurusan Majlis Sukan Sekolah Pahang (MSSP) Bil 03/2012

Semua penyelia sukan daerah diminta hadir ke mesyuarat berkenaan yang akan diadakan pada ketetapan berikut :-

Tarikh : 23hb - 25hb. Julai. 2012
Tempat : Hotel Cititel Express, Kuala Lumpur
Lapor Diri : 23hb. Julai 2012

Catatan : Sila bawa komputer riba